Matrix Concepts raih pengiktirafan 10 pemaju hartanah terbaik
KUALA LUMPUR: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) tersenarai antara 10 pemaju hartanah terbaik menerusi Anugerah Pemaju Hartanah Terbaik The Edge Malaysia (TPDA) 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan kumpulan itu ketika meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya dalam industri pembangunan hartanah negara.
