Hukuman penjara guru amang seksual murid ditambah kepada 10 tahun penjara, 2 kali sebat
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menambah hukuman penjara seorang guru bahasa Arab kepada 10 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya berusia lapan tahun di sebuah sekolah rendah di Muar, tujuh tahun lalu.
