MediAsas bukan pengganti hospital kerajaan, alternatif lebih mampu milik - BNM
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan bahawa inisiatif MediAsas tidak bertujuan menggantikan perkhidmatan hospital kerajaan, sebaliknya menyediakan pilihan perlindungan perubatan yang lebih mampu milik kepada rakyat sebagai pelengkap kepada sistem kesihatan sedia ada.
