Warga emas gagahkan diri ke masjid kerana rindu, ajal menjemput selepas solat Zuhur
MELAKA: Biarpun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, kerinduan mendalam terhadap rumah Allah mendorong seorang warga emas menggagahkan diri menunaikan solat Zuhur berjemaah sebelum menghembuskan nafas terakhir sejurus selesai memberi salam di Masjid Kampung Hulu, di sini, semalam.
