Jawab isu KLSCAH secara profesional, bukan emosional
Keputusan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah selama 99 tahun kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan premium hanya RM1,000 berbanding anggaran asal RM4.67 juta sepatutnya menjadi contoh bagaimana warisan sejarah dipelihara tanpa mengabaikan prinsip tadbir urus. Malangnya, pengumuman itu mencetuskan polemik apabila asas pertimbangan, implikasi kewangan dan kewajaran keputusan berkenaan dipersoalkan pelbagai pihak.
