Lans Koperal ditetak mula merasakan jari selepas pembedahan
KUALA LUMPUR: Lans Koperal Thierry Rodger Pendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang di Kepong pada 11 November lalu, kini mula merasakan jarinya selepas menjalani pembedahan menyambung semula tangan itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
