Malaysia catat pelaburan diluluskan RM350.4 bilion dalam sembilan bulan
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM350.4 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, meningkat 20.7 peratus berbanding RM290.3 bilion dalam tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara.
