Lelaki mengaku bersalah tipu selebriti dalam urusniaga hartanah dipenjara setahun, dua sebatan
KUALA LUMPUR: Lelaki yang sebelum ini disyaki menyamar sebagai juruiring Raja Muda Selangor, dihukum penjara setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku atas dua pertuduhan menipu berkaitan pembelian hartanah.
