PETRONAS tingkat kapasiti superkomputer percepat penerokaan minyak, gas
KUALA LUMPUR: PETRONAS merancang meningkatkan kapasiti sistem pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) kepada 50 petaflops dalam beberapa tahun akan datang bagi memperkukuh keupayaan analisis data geosains dan mempercepatkan aktiviti penerokaan minyak dan gas.
