Malaysia harap cadangan usaha tangani jerebu rentas sempadan dipertimbang secara serius - Anwar
MANILA: Malaysia berharap cadangan dikemukakan, iaitu pendekatan Diplomasi Sains dan penubuhan Dana Jerebu Mampan dalam menangani isu pencemaran jerebu rentas sempadan dapat dipertimbangkan secara serius oleh negara anggota ASEAN pada sidang kemuncak kali ini.
