Louzan tegaskan final Piala Dunia 2030 berlangsung di Sepanyol
MADRID: Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), Rafael Louzan menegaskan final Piala Dunia 2030 akan berlangsung di Sepanyol, sekali gus menolak kemungkinan negara itu menarik diri sekiranya hak penganjuran aksi kemuncak berkenaan diberikan kepada Maghribi.
