UiTM ungguli FFVPM14, raih Geran Penerbitan Filem Pendek RM50,000
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) diumum pemenang keseluruhan Festival Filem Video Pelajar Malaysia (FFVPM) Ke-14 selepas mendominasi 10 daripada 22 kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini, malam tadi.
