Nasib Azlan Man dalam kes tuntutan palsu, pengubahan wang haram ditentukan 20 Januari depan
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man akan dibebaskan atau diarah membela diri terhadap lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM1.18 juta dan lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta, akan diketahui 20 Januari tahun depan.
