Negara Eropah tetapkan syarat rundingan keselamatan Russia
DUBLIN: Sebahagian besar negara Eropah hanya bersedia mengadakan rundingan dengan Russia mengenai isu keselamatan utama selepas perang di Ukraine berakhir, menurut deklarasi yang ditandatangani 39 negara pada sidang kemuncak Eropah di Dublin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
