SMK Seri Kota cipta sejarah, mara ke final buat kali pertama
SHAH ALAM: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota mencipta kejutan apabila melangkah ke final Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 (B14) Tahun 2026 bersama rakan strategik 100PLUS buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka selepas menyingkirkan SMK Shah Alam dalam aksi separuh akhir semalam.
