Serangan siber tidak hapuskan rekod pinjaman bank - pakar IT
KUALA LUMPUR: Rekod pinjaman pelanggan institusi perbankan adalah mustahil untuk dihapuskan secara kekal menerusi serangan siber, walaupun pencerobohan sedemikian berupaya memadam, mengubah suai atau menyulitkan (encrypt) data operasi bagi tempoh tertentu.
