53 negara, organisasi gesa bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa halangan
NEW YORK: Sebanyak 53 negara dan organisasi menggesa kerajaan Israel membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera dan tanpa halangan ke seluruh Semenanjung Gaza melalui semua lintasan sempadan dan laluan darat yang tersedia, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
