'Di sini bahaya, cepat pergi...' pesan anggota polis sambil menahan kesakitan selepas ditetak parang
KUALA LUMPUR: Dalam keadaan menahan kesakitan selepas diserang lelaki bersenjatakan parang, seorang anggota polis sempat memberi amaran kepada orang awam supaya segera meninggalkan kawasan kejadian di Desa Aman Puri, Kepong, malam tadi.
