Pembedahan berjaya sambung pergelangan tangan polis putus dilibas penjenayah
KUALA LUMPUR: Pergelangan tangan kanan seorang anggota polis yang putus akibat dilibas parang oleh lelaki warga asing malam tadi, berjaya disambung semula menerusi satu pembedahan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
