Ahmad Zahid sokong langkah Mat Sabu mahu serah gaji menteri RM11,900
Ayer Keroh: Hasrat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mahu menyerahkan gaji bulanannya sebanyak RM11,900 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesaksamaan undang-undang, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
