Tourism Malaysia lancar Teh Tarik Sessions bersama NUJM, mahu pembabitan pengamal media lebih aktif
KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia melancarkan inisiatif Teh Tarik Sessions, sebuah siri sesi libat urus bersama pengamal media bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam mempromosikan sektor pelancongan negara, khususnya menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
