Tikus cemari ayam segar di premis proses cetus kemarahan pengguna
KUALA LUMPUR: Tindakan premis pemprosesan ayam dekat Pudu, yang didakwa merendam ratusan ayam mentah secara terdedah dalam tangki sehingga mengundang kehadiran tikus, mencetuskan kebimbangan dan kemarahan orang ramai selepas kejadian tular di media sosial.
