Iran gesa PBB, IAEA kecam tawaran AS$20 juta maklumat nuklear
ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengecam tawaran Amerika Syarikat (AS) sehingga AS$20 juta bagi mendapatkan maklumat mengenai program nuklear Iran dan memberi amaran langkah itu boleh mengancam keselamatan kemudahan nuklear serta saintis negara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.
