Thailand kenakan duti sehingga 30 peratus terhadap barangan import dalam talian
BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan pengenaan duti import sehingga 30 peratus terhadap barangan yang dibeli daripada platform e-dagang asing dan dihantar melalui perkhidmatan kurier ekspres atau pos antarabangsa, dalam usaha memberikan peluang persaingan lebih adil kepada perusahaan kecil tempatan, lapor Xinhua.
