Lebih setengah juta kanak-kanak di Gaza tiada tempat perlindungan
LONDON: Kumpulan hak asasi yang berpangkalan di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa lebih setengah juta kanak-kanak di Semenanjung Gaza tidak mempunyai tempat perlindungan yang selamat akibat sekatan Israel, ketika ribut musim sejuk pertama di wilayah itu menyebabkan puluhan ribu khemah ditenggelami banjir dalam tempoh sehari, lapor Anadolu Ajansi.
