Malaysia cadang bateri EV terpakai diguna bekalkan elektrik kepada komuniti luar bandar
KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan bateri kenderaan elektrik (EV) yang sudah ditamatkan penggunaannya, supaya dimanfaatkan semula sebagai sistem penyimpanan tenaga bagi membekalkan elektrik kepada penduduk luar bandar, penempatan masyarakat Orang Asli, serta kemudahan kesihatan.
