Tahanan rumah Najib sebahagian pengampunan, bukan hukuman alternatif dijatuhkan mahkamah - Haniff Khatri
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan baki hukuman penjara di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memerlukan akta khusus kerana ia berasaskan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
