Rafizi yakin sokongan BERSAMA meningkat hingga 15 peratus di PRN Melaka
MELAKA: Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) menyasarkan peningkatan peratusan undi sehingga 15 peratus bagi 16 calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, berbanding purata tiga hingga enam peratus yang diraih ketika bertanding di Johor, Julai lalu.
