MFL serah maklumat 'kekecohan' di Kuching kepada FAM
KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah menyerahkan segala maklumat yang diterima membabitkan insiden ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Kuching City FC menentang Selangor FC (SFC) di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
