Teknologi modular bantu capai sasaran sejuta rumah mampu milik menjelang 2035 - PM Anwar
KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu penggunaan teknologi pembinaan moden, termasuk sistem pembinaan modular dipertingkat bagi mempercepat penyediaan rumah mampu milik, sekali gus menyokong pencapaian sasaran sejuta unit kediaman bagi tempoh 2026 hingga 2035.
