Ucapan bersejarah Menteri Besar Kedah Ke-5, Syed Nahar ditranskripsi selepas 47 tahun
ALOR SETAR: Selepas hampir 47 tahun tersimpan dalam bentuk rakaman audio, ucapan Menteri Besar Kedah kelima, Datuk Seri Syed Nahar Syed Sheh Shahabuddin semasa majlis peletakan batu peringatan Kampung Lindungan Raja di Sedim, Kulim, berjaya ditranskripsikan.
