40 rumah rosak dibadai ribut ribut di Sabak Bernam.
SUNGAI BESAR: “Selesai solat Maghrib berjemaah bersama keluarga, saya yang mahu menunaikan solat sunat terdengar bunyi pelik disusuli dentuman kuat. Rupanya ribut menerbangkan bumbung,” kata penduduk Kampung Parit 3 Timur, di sini, Hassan Ahmad, 71, yang terjejas akibat ribut, malam tadi.
