Trafik lancar pagi ini, dijangka meningkat menjelang tengah hari
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 8 pagi ini, dengan pergerakan kenderaan pulang ke ibu negara dijangka mula meningkat menjelang tengah hari selepas cuti perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan.
