2 polis cedera, kereta peronda terbabas, terbalik beberapa kali elak sekumpulan monyet
KUALA BERANG: Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda dinaiki mereka terbabas dan terbalik beberapa kali ketika cuba mengelak sekumpulan monyet yang berada di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah–Tapah, Kampung Kepah di sini, petang tadi.
