AMANAH mahu tanding kerusi Parlimen Putrajaya, Titiwangsa dan Labuan pada PRU16
PUTRAJAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) Wilayah Persekutuan menyuarakan hasrat supaya diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain turut menyasarkan kawasan Titiwangsa dan Labuan.
