100PLUS, MSN dan YAKEB serikan Deepavali empat atlet, enam bekas atlet
KUALA LUMPUR: Semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan atlet terus menjadi keutamaan apabila pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyampaikan sumbangan kepada 10 atlet dan bekas atlet beragama Hindu sempena sambutan Deepavali 2026.
