Forum Ilmuwan MADANI: Membina khazanah ilmu untuk masa depan negara
FORUM Ilmuwan MADANI Siri Ke-14 bertemakan Keselamatan dan Keterjaminan Makanan pada 6 November lalu di Kuala Lumpur membawa persoalan penting mengenai keupayaan Malaysia menghadapi ketidaktentuan sistem makanan global. Dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, forum ini memperlihatkan bahawa keterjaminan makanan bukan sekadar persoalan pengeluaran pertanian, tetapi turut berkait dengan keselamatan negara, kecekapan ekonomi, keadilan sosial dan keberkesanan tadbir urus.
