OPR kekal 2.75 peratus sejajar dengan prospek inflasi, pertumbuhan ekonomi - Gabenor BNM
KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
