Akauntan perlu kuasai pelbagai bidang sejajar perkembangan AI - Chin Tong
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menggesa golongan akauntan dan profesional kewangan supaya menguasai pelbagai bidang, memandangkan kesan positif dan negatif kecerdasan buatan (AI) semakin ketara dan dijangka terus menjadi perhatian pemimpin kewangan pada tahun-tahun akan datang.
