CelcomDigi kesan 260 juta panggilan 'scam', sekat 22 juta SMS sebulan
PETALING JAYA: CelcomDigi Bhd mengesan kira-kira 260 juta panggilan yang disyaki mempunyai unsur penipuan atau ‘scam’, selain menyekat 22 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap bulan menerusi sistem perlindungan rangkaiannya bagi melindungi pelanggan.
