Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka siap 2031, tambah 476 katil - Dr Dzulkefly
MELAKA: Selepas tujuh tahun menanti sejak projek diluluskan, pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak (WCH) Hospital Melaka akhirnya bakal menjadi kenyataan dengan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek bernilai RM723.9 juta itu, hari ini.
