Kerajaan teliti pendekatan lebih tersusun sokong PKS berkembang
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti sebarang cadangan dalam meneroka pendekatan lebih tersusun bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada peringkat pertumbuhan, khususnya dalam memperkukuh kapasiti kewangan, tenaga kerja dan keupayaan pengurusan bagi membolehkan syarikat tempatan merebut peluang perniagaan lebih besar.
