Keselamatan siber sama serius pertahanan fizikal negara
KEMAJUAN teknologi digital membuka ruang luas kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan penyampaian perkhidmatan awam. Namun, kebergantungan semakin tinggi terhadap sistem digital turut mendedahkan negara kepada ancaman baharu yang tidak kurang bahayanya, iaitu serangan siber dan peperangan hibrid.
