Blackmores lancar multivitamin baharu dengan Habbatus Sauda
KUALA LUMPUR: Blackmores Malaysia memperkenalkan multivitamin baharu yang menggabungkan 20 vitamin dan mineral bersama Habbatus Sauda atau minyak jintan hitam, sekali gus menjadi formulasi pertama syarikat itu yang dibangunkan berdasarkan pemahaman terhadap keperluan pengguna Muslim.
