Pemujaan salah di Batu Caves: Mahkamah perintah Aliff Daniel jalani pemulihan akidah, nasihat taubat nasuha
RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, hari ini, mengarahkan Aliff Daniel Adli yang sebelum ini tular melakukan ritual agama lain, untuk menjalani pemulihan akidah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah.
