Djokovic bukti usia bukan penghalang di Paris
PARIS: Pemegang rekod tujuh kali menjuarai Paris Masters, Novak Djokovic muncul pemain paling berusia memenangi perlawanan dalam sejarah kejohanan itu selepas menewaskan wakil Monaco, Valentin Vacherot 6-7(5), 7-5, 6-1 pada pusingan pertama, sekali gus mengekalkan peluangnya untuk layak ke ATP Finals.
