Perkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara: Semua kementerian, agensi kerajaan diarah semak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
PUTRAJAYA: Semua kementerian dan agensi kerajaan diarahkan menyemak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau ‘Business Continuity Plan’ (BCP) masing-masing bagi memastikan fungsi kritikal kerajaan terus beroperasi sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap kemudahan penting negara.
