Unit Theta Edge dapat kontrak bekal komputer peribadi RM33.01 juta
KUALA LUMPUR: Anak syarikat Theta Edge Bhd, Theta Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak eksklusif bernilai RM33.01 juta daripada Aceteam Networks Sdn Bhd untuk mendapatkan dan membekalkan sehingga 5,742 unit komputer riba dan komputer meja.
