Rayuan bekas majistret sabit kesalahan rasuah: 'Kamu nampak tidak bersedia' - Hakim tegur peguam
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh baharu pendengaran rayuan seorang bekas majistret yang mencabar hukuman penjara 12 tahun dan denda RM1.05 juta terhadapnya selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah pada 2019.
