Ringgit terus kukuh berbanding mata wang rakan dagang utama negara
KUALA LUMPUR: Ringgit terus memperlihatkan prestasi positif pada Oktober apabila mencatatkan pengukuhan berbanding beberapa mata wang rakan dagang utama Malaysia, mencerminkan peningkatan sentimen pasaran terhadap ekonomi domestik yang kekal berdaya tahan.
